Pening kepala dengan pelan mudah alih anda? Gunakan saja Yoodo yang membolehkan anda ‘customize’ keperluan internet atau panggilan telefon atau SMS dengan lebih 1,000 kombinasi mudah.
Caranya mudah, pelanggan boleh memilih pelan mana yang dikehendaki. Kalau hanya mahukan data, langgan saja data. Kalau mahu membuat panggilan atau menerimanya, langgan saja pelan suara. Atau mungkin langgan keduanya.
Semuanya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan aplikasi yang mesra Android dan iOS.
Farid Yunus yang juga Ketua Yoodo berkata, pelanggan sendiri mempunyai kuasa untuk menentukan pakej mudah alih mana yang mereka mahu.
Pada pakej paling asas, pelanggan boleh mendapatkan data sebanyak 2GB pada harga RM20 atau 50 minit masa berbual pada harga RM7 atau 50 SMS pada kadar RM5.
Pakej paling murah jika dicampurkan ialah RM32 dan jika pengguna mahukan lagi boleh menambah sehingga 100GB data pada harga RM150, 2000 minit masa berbual untuk RM12 atau 2000 SMS pada kadar RM20 sebulan.
Malah, mereka boleh menambah 5GB sebulan khas untuk Facebook berharga RM10, 10GB YouTube berharga RM20 atau 50GB Instagram pada harga RM10.
Pelan paling mahal Yoodo berharga RM222.
Untuk yang nak mencari pakej talian Telco yang baru, Yoodo Malaysia ini antara pilihan terbaik setakat ini. Bukan sahaja pakej pribadi yang lebih telus, ia menawarkan coverage yang lebih luas seluruh Malaysia dan juga pilihan Roaming ke 12 negara terpilih termasuk Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi. Anda boleh baca sendiri di laman web rasmi Yoodo Malaysia.
Sudah pasti, anda hanya perlu muat turun aplikasi dan pesan Yoodo terus melalui laman web dan kad SIM akan dihantar ke rumah anda secara percuma.
Yoodo dimiliki dan beroperasi di bawah Celcom Axiata Berhad.
Kredit
EmoticonEmoticon