Friday, 25 May 2018

Kejutan Apabila Diminta Tunjuk 'MyKad'.

Tags




Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini semalam tergamam seketika apabila seorang lelaki mengemukakan kepada hakim gambar lukisan tangan dirinya ketika diminta menunjukkan MyKad.

Issam Bakri, 42 yang dituduh pendatang tanpa izin mengemukakan gambar lukisan tangan dirinya kepada Hakim Azreena Aziz sebagai bukti bagi menyokong dakwaan bahawa dia merupakan rakyat jati Sabah.

“Ini Mykad awak?” soal Azreen yang jelas tidak gembira melihatkan lukisan lelaki berambut tegak dan berbaju kemeja, dengan dua tompokan cakaran berbentuk bulat di kiri dan kanan lukisan yang mewakili cap jari.

Issam mengaku tidak bersalah apabila dia didakwa pada 26 April lalu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan sah untuk menetap di Sabah.

Namun lelaki itu tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan kepadanya semalam.

Dengan muka selamba, Issam mendakwa memiliki dokumen yang diperlukan bagi menafikan tuduhan dan dengan kebenaran mahkamah terus mengeluarkan lukisan tersebut dari poket seluarnya.

Aktiviti di mahkamah dikatakan terhenti seketika apabila pegawai pendakwa, Sabrina Jinius menyerahkan ‘Mykad’ itu kepada Azreena.

Hakim turut bertanya tertuduh sebanyak tiga kali sema ada kertas itu memiliki dokumen yang dimaksudkannya, dan Issam mengiyakan sebanyak tiga kali juga.

Azreena kemudiannya memerintahkan Issam dihantar ke hospital sakit jiwa Bukit Padang untuk menjalani pemeriksaan mental dan kes berkenaan akan disebut semula pada 26 Jun.

“Saya tak tahu sama ada nak marah atau nak gelak,” katanya yang turut mengatakan ia merupakan kejadian pertama kali sepanjang 15 tahun berkhidmat sebagai pendakwa raya.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon