Tanpa melihat dan memeriksa sebab-munasabahnya mengapa DDJK berbuat demikian, kita bolehlah menggelarnya begitu.
Namun...
Menyamakan seseorang ahli politik kepada sesuatu yang bersifat merendahkan tanpa menelaah kepada faktor-faktor penyebabnya, tanpa bersandarkan senario iklim politik semasa, tanpa kita tahu apakah tujuan terulungnya itu adalah satu pertimbangan yang membabi-buta malah boleh jadi satu penghinaan yang tidak bertempat.
Mengapa saya katakan begitu?
Sebab saya melihat DDJK tidak menepati sifat dan sikap perjuangannya seperti yang mereka labelkan kepadanya.
Sejak bila DDJK digelar katak?
Sepengetahuan saya, DDJK mula kedengaran digelar "katak" sejak DDJK keluar dari parti PBRS. Dari parti PBRS DDJK ke parti PKR dan DDJK sempat menduduki kepimpinan tertinggi PKR peringkat negeri Sabah. Pada pru11 (2004) DDJK bertanding di DUN Tambunan atas tiket PKR tetapi tewas di tangan abang beliau, Tan Sri Joseph pairin. Setelah itu DDJK kembali semula ke DUN Bingkor Keningau. Dalam pasca pru11 ini, DSAI telah dibebaskan di bawah era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selang beberapa ketika selepas pembebasan DSAI, prk Permatang Pauh berlaku rentetan penyandang kerusinya, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR) telah mengosongkan kerusinya. Ini dibuat untuk membawa masuk DSAI ke parlimen.
Ketika jelajah DSAI atas kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR ke Borneo, Sabah khususnya, DDJK pada ketika itu yang masih sebagai ketua perhubungan PKR negeri Sabah, telah mengajukan satu dokumen deklerasi di dalam satu majlis perjumpaan rakyat di Keningau, di mana antara kandungannya yang berkait rapat dengan KUASA AUTONOMI SABAH DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA. Malangnya, sambutan kepada kandungan deklerasi itu oleh kepimpinan tertinggi PKR pusat (dari Malaya) sangat dingin sekali, tiada kesinambungan tindakan yang lebih konkret, sama ada dari PKR pusat sendiri mahupun dari PR (pakatan rakyat pada masa itu).
Pada hakikatnya, PR di Malaya mahupun di Borneo pada ketika itu aura sokongannya sangat kuat dan terbukti pada pru12 PR berjaya mengambil alih 5 negeri di Malaya dari tangan umno-bn.
Dalam pasca pru12, setelah menunggu lama jaminan lebih positif berkenaan deklerasi tersebut dari PR, dari PKR secara khususnya masih tidak diperolehi, sekali lagi DDJK memilih parti baru sebagai pentas politik beliau. DDJK memilih parti STAR yang berpusat di Sarawak.
Pada pru13 DDJK atas tiket parti STAR telah menang di DUN Bingkor, Keningau sehingga kini. Dalam asakan demi asakan dari pelbagai penjuru, dengan hanya satu kerusi DDJK memilih sikap bertahan disamping terus menjulang misi perjuangan ideologi politik beliau yakni kuasa autonomi Sabah di dalam MA63.
Dalam sorotan ringkas pada rentetan peristiwa yang berkait rapat dengan karya politik DDJK di atas itu, sangat tidak layak kita menggelarkan DDJK seekor katak, atau raja katak..sebab, perpindahan demi perpindahan beliau dalam arena politik bukan berdasarkan kepentingan diri atau kepentingan suku-sakatnya tetapi atas kepentingan mengejar hak-hak tanah air sekaligus hak warganya secara menyeluruh.
Apabila DDJK menyentuh yang berkait rapat dengan hak-hak negara Sabah yang termaktub di dalam MA63 itu, adakah ia semata-mata menjurus kepada kepentingan dirinya?..sudah tentu tidak, tetapi kepentingan seluruh warga darah Sabahan. Mereka yang tidak nampak ini adalah buta mata hatinya walaupun matanya tidak buta, yang mereka nampak adalah meterial dan pangkat semata.
Siapakah kumpulan mereka yang begitu sinis sekali menggelarkan DDJK itu katak?
Dapat saya perhatikan..mereka itu yang berkata demikian sedang terngangga mengintai peluang demi mengembungkan poket, membuncitkan perut dengan kemewahan dan kemaruk pangkat dan jawatan. Itulah spesis mereka.
DDJK seorang yang berkelibar, berpendidikan, bijak dan matang..jika DDJK itu katak sebab kepentingan dirinya, mengapa beliau tidak berbuat begitu sekarang sedangkan kondisi dan keberadaan beliau dalam arena politik pada masa kini sangat memungkinkan beliau boleh memperoleh sesuatu yang amat lumayan buat diri beliau?.
Mengapa DDJK sehingga kini masih mewakili parti STAR yang kini telah berdiri sendiri dengan penjenamaan baru menjadi S*T*A*R (SOLIDARITI TANAH AIRKU)?
Dengan hanya satu kerusi, mengikut sifir politik masa kini dan sering kali berlaku, DDJK sepatutnya telah melompat katak ke pihak yang boleh menjanjikannya sesuatu yang lumayan, tetapi perkara itu tidak berlaku..mengapa?
Sebab DDJK bukanlah seekor katak yang mengimpikan langau-langau yang banyak yang bisa beliau makan dan telan. DDJK menjadi katak politik dengan menjunjung ideologi perjuangan murni kepada tanah airnya, kepada anak watan darah Sabahan.
Masih ingat IDS di mana ia diterjemahkan melalui Program Pembangunan Insan (PPI)?
Sebelum itu dan selepasnya..mana ada lagi program yang cukup berketrampilan untuk membangun potensi anak-anak muda warga darah Sabahan?
Semuanya adalah atas idea DDJK dalam lorongnya membangunkan tanah air dan melahirkan warga darah Sabahan yang berpotensi dalam pelbagai bidang, sehingga Dato doktor Mahathir Mohammad pada masa itu sangat iri hati dan berkata.."Jeffery, jangan ajar rakyat apa yang mereka tidak tahu"..ini satu ungkapan yang sangat celaka dari seorang pemimpin yang dianggap pemimpin ulung..benarkah Mahathir itu pemimpin ulung? Pemimpin ulung yang telah menjahanamkan negara Sabah bagi saya.
Sumber
EmoticonEmoticon