Wednesday, 26 September 2018

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA.




Ramai calon yang kecewa kerana gagal menjawab dalam peperiksaan online SPA akibat kegagalan sistem atau internet lembab. Sebab utama ialah mereka tak ambil kisah mengenai saranan, tips dan panduan yang telah SPA keluarkan agar memudahkan kelancaran peperiksaan online dijalankan.

Dibawah adalah panduan ringkas untuk membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing- masing. 

Contoh: 

i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings 
ii. Chrome: Setting > Reset Settings


Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools - dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Semoga Berjaya!

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon