Saturday, 22 December 2018

Malaysia Menjadi Negara Paling Banyak Cuti Di Asia Tenggara.




Bagi tahun 2019, Malaysia dilihat sebagai negara tertinggi di Asia Tenggara memiliki cuti umum iaitu sebanyak 50 hari.

Tinjauan yang dilakukan oleh Mashable Asia Tenggara itu telah melihat 10 negara Asia dan mendapati Malaysia berada di tangga pertama dan Vietnam di kedudukan ke-10 dengan cuti paling sedikit iaitu 11 hari sahaja.

Bagaimanapun, secara teknikal, Malaysia hanya mengisytiharkan 20 hari cuti umum pada peringkat nasional manakala selebihnya adalah cuti umum peringkat negeri, yang berbeza mengikut budi bicara kerajaan negeri masing-masing.

Secara umumnya, kesemua 10 negara terbabit mengisytiharkan cuti umum sempena tahun baru dan sambutan keagamaan utama mengikut kumpulan etnik terbesar negara masing-masing, umpamanya Tahun baru (1 Januari), Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Wesak atau Krismas.


Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon