Thursday, 24 January 2019

12 Kategori Tidak Layak Mohon BSH 2019 Termasuk Bujang Bawah 59 Tahun.




Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pembayaran BSH 2019 fasa pertama yang akan dibayar pada 28 Januari nanti.

Setiap penerima BSH tahun lepas akan menerima Bantuan Sara Hidup RM300 pada tarikh tersebut kecuali pemohon kategori bujang dan pasangan bukan warganegara.

Portal rasmi BSH telah memaklumkan pemohon kategori bujang tidak layak untuk memohon BSH 2019.

Selain itu, terdapat 11 lagi kategori pemohon termasuk kategori tidak layak.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Bantuan Sara Diri termasuk senarai golongan yang tidak layak BSH.

SYARAT KELAYAKAN BSH 2019

Berikut merupakan syarat-syarat untuk memohon Bantuan Sara Hidup 2019 seperti yang digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Antaranya:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid).
Hubungan anak mestilah:
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN.
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid).
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja.
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam.
  • OKU.
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh membuat permohonan baru yang akan dibuka pada 1 Februari nanti.

Kepada penerima BSH pada 28 Januari nanti, anda cuma perlu kemaskini permohonan supaya melancarkan urusan pembayaran fasa kedua dan ketiga pada bulan Mei dan Ogos nanti.

Urusan kemaskini boleh dibuat online melalui portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau rujuk artikel Cara Kemaskini Permohonan BSH 2019.

KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

Berikut senarai penuh 12 kategori tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini:
  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan.
  2. Menetap di luar negara.
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah.
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak.
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan.
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal.
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat.
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc.
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc.
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc.
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000.
BSH akan melakukan proses verifikasi melalui agensi-agensi seperti JPJ, JPN, SSM untuk urusan pengesahan butiran maklumat.

Sekiranya didapati anda memberikan maklumat palsu, permohonan anda boleh ditolak serta merta.

Jadi sila jujur ketika mengisi borang permohonan BSH nanti.

Dan untuk makluman juga, BSH hanya untuk tiga golongan berikut sahaja:
  • Kategori 1: Isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (Jumlah bantuan RM1,000 + RM120/anak).
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 (Jumlah bantuan RM750 + RM120/anak).
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah bantuan RM500 + RM120/anak).
Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon