Sunday, 3 February 2019

Azmin Dilantik TPM Selepas Tahun Baru Cina?

Tags



Paparan laman blog Another Brick In The Wall.

SHAH ALAM: Desas-desus mengenai pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina semakin hangat diperkatakan.

Menurut pengendali laman blog, Another Brick In The Wall, perang politik dijangka berlaku sebaik sahaja sambutan perayaan bagi masyarakat Cina itu berakhir ekoran beberapa perkembangan politik semasa.

Jelasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk melantiknya Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang kini mencetuskan kontroversi termasuk kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

"DAP telah menyekat Mahathir daripada memegang jawatan dalam kementerian dan Azmin kini menjadi perantara dan perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Azmin turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan kemenangan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.

"Khabar angin dalam kalangan mereka yang rapat mengatakan akan melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas perayaan Tahun Baru Cina," katanya.

Pada 12 Januari lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebooknya memuat naik sekeping gambar bersama Azmin ketika PRK Cameron Highlands dan memuatkan kenyataan bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam pada itu, penulis tersebut mendakwa desas-desus itu menjawab persoalan daripada penyokong Bersatu mengenai nasib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini bertentangan dengan angan-angan penyokong kuat Anwar dan Dr Mahathir tidak akan menunaikan janjinya kerana beliau secara konsisten tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Jika Dr Mahathir meninggal dunia, beliau akan bangkit semula dari kubur dan menjelajah ke seluruh negara dan menakutkan orang ramai supaya menolak Anwar," katanya.

Dakwa penulis itu, Azmin telah membuat keputusan untuk terus berada dalam PKR kerana ia lebih mudah daripada menubuhkan sebuah parti baharu.

"Lagipun, pasukannya telah mendominasi jawatan Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat, sementara pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana Rafizi tidak setanding Azmin dan Mahathir," ujar blog itu.

Mengulas tentang nasib Anwar, penulis tersebut mendakwa Anwar akan jadi mangsa fitnah sekali lagi namun kali ini tidak melibatkan kes sebelum ini tetapi besar kemungkinan berkaitan isu dana.

"Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik," katanya.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon