Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2020 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4.00 petang, Jumaat, 11 Oktober 2019.
Ringkasan Kandungan Intipati Penting Belanjawan 2020 Malaysia
Intipati kandungan pembentangan bajet adalah seperti berikut:
Peruntukan Bajet 2020
- Sejumlah RM297 bilion diperuntukan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP).
- RM241 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi.
- RM56 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.
- Teras Pertama : Memaju Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomu Baharu Dan Era Digital.
- Teras Kedua: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.
- Teras Ketiga: Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif Dan Saksama.
- Teras Keempat: Memulihkan Institusi Dan Kewangan Awam.
- Menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama destinasi pelaburan.
- Kadar Purata Pertumbuhan KDNK menurun dari 9.3% (tahun 1988 - 1997) ke 5.1% semenjak tahun 2000.
- Peluang daripada Perang Perdagangan. FDI meningkat 97% kepada RM49.5 billion pada separuh pertama 2019.
- InvestKL Malaysia akan ditubuhkan sebagai Saluran Khas bagi menarik pelaburan dari China
- Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang dipengerusikan bersama oleh menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri ditubuhkan untuk mengatasi kelewatan dalam meluluskan pelaburan asing dan tempatan.
- Kaji Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif Akta Cukai Pendapatan 1967 (dijangka siap 1 Januari 2020).
- Menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa sehingga RM1 billion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat Fortune 500 dan Global Unicorns.
- RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalanraya ke Pelabuhan Klang.
- Harga jalur lebar dikurangkan sebanyak 49%.
- RM21.6 billion untuk NFCP - National Fiberisation & Connectivity Plan.
- RM250 juta untuk kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet.
- Geran RM50 juta untuk pembangunan ekosistem 5G.
- Matching Grant RM25 juta untuk projek perintis 5G.
- RM20 juta untuk E-Sukan.
- Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun akan menerima RM30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama untuk merangsang penggunaan dompet nirtunai.
- RM10 Juta untuk Usahawan Industri Halal.
- Matrade akan ada RM50 Juta untuk menggalakkan pemasaran tempatan.
- Rm100 juta untuk skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil Cina.
- RM20 juta oleh Tekun untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
- Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam untuk menggalak dan membangunkan ekosistem kewangan islam (merangka Blueprint Ekonomi Islam).
- Pengecualian dan potongan cukai dana patuh syariah & SRI dilanjutkan sehingga 2023.
- Elaun Cukai Pelaburan Hijau - PEngecualian cukai pendapatan bagi perkhidmatan teknologi hijau akan dilanjutkan sehingga 2023.
- Pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada 70% syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga suria.
- Kempen Sayangi Sawitku bagi menentang kempen anti-sawit dari luar negara.
- RM 200 juta untuk bantuan musim tengkujuh untuk pekebun getah, dan RM 100 juta untuk insentif pengeluaran getah.
- RM 100 juta untuk bekalan air Felda.
- RM 70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka Felda.
- RM 738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra.
- Industri Tani akan menerima RM 4.9 bilion.
- RM 150 juta untuk galakan integrasi penanaman cili, nenas, tembikai dan buluh.
- RM 30 juta untuk penghasilan Padi Pulut Pulau Langkawi - memanfaatkan 1,200 petani.
- Skim Baja Padi Kerajaan persekutuan & skim insentif pengeluaran padi RM 855 juta.
- Malaysia kini menduduki tangga ke-35 untuk Global Innovation Index.
- RM 524 juta untuk sektor R&D Awam.
- RM 30 juta mathcing grant R & D dan bertujuan meningkatkan nilai sawit.
- RM 10 Juta untuk menubuhkan Agensi Penyelidikan Malaysia.
- Penubuhan pejabat Inovasi Sehenti - bermula dengan Universiti Malaya.
- Pendapatan harta Intelek - pengecualian cukai selama 10 tahun.
- MESTECC & KPM dapat RM 10 juta.
- RM 1.1 bilion untuk MOTAC.
- Taman Tema Antarabangsa - Pengecualain cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu.
- Cendana dapat dana RM 5 juta untuk seni.
- Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020.
- RM 25 Juta untuk MHTC Malaysia - untuk mengukuhkan kedudukan malaysia sebagai lokasi baik untuk kesihatan.
- #Malaysiakerja diperkenalkan. Rm 500 sebulan Insentif #graduankerja (pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan) RM 300 sebulan untuk majikan.
- #Perantiskerja - Program insentif TVET - elaun tambahan RM 100 sebulan.
- #wanitakerja - 33 ribu peluang pekerjaan untuk wanita 30 - 50 tahun.
- #watankerja - insentif gaji (pekerja) - RM350/500 sebulan. Insentif pengambilan majikan RM250 sebulan.
- Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955.
- Gaji minimum RM1200 di bandar-bandar utama.
- Cuti bersalin akan jadi 90 hari (berkuatkuasa 2021).
- Pekerja Kontrak akan ada skim KWSP.
- Skim Perkeso untuk 18 kumpulan yang bekerja sendiri.
- RM 500 juta untuk pusat rehabilitasi baru di Perak.
- RM735 juta peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah: Sek Keb - 300 juta, Sek Cina - 50 juta, Sek India - 50 juta, MRSM - 50 juta, Sek Agama - 50juta, Mubaligh - 50 juta, Tahfiz - 50 juta, Sk Agama Rakyat Persendirian - 25 juta, Pondok - 25 juta, Persendirian Cina - 15 juta.
- KWSP i-Suri membolehkan suami menyumbang 2% ke dalam akaun isteri.
- Program TVET RM 5.9 bilion.
- RM23 juta untuk kemudahan mesra OKU di sekolah.
- RM 50 juta untuk pusat pembangunan kemahiran negeri.
- RM 30 juta untuk 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah
- RM 20 juta matching grant untuk golongan dewasa dapatkan kursus IR 4.0.
- Pembangunan Inklusif: memperluaskan liputan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar, terutamanya Sabah & Sarawak.
- RM 587 juta projek bekalan air luar bandar, dan RM 470 juta untuk Sabah & Sarawak.
- RM1 bilion untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
- RM5 bilion peruntukan untuk BSH.
- Individu bujang lebih 40 tahun berpendapatan kurang RM2000 sebulan.
- Individu bujang lebih 40 tahun dan OKU layak menerima RM300.
- RM 25 juta untuk program Bank Makanan / Food Bank.
- RM 20 juta untuk 5 pusat latihan berdikari baharu / program latihan down syndrom / taska OKU.
- RM 15 Juta untuk Agensi Antidadah Kebangsaan.
- Magic akan menerima RM 10 juta.
- RM 57 juta untuk JAKOA dan tambahan RM 83 juta untuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur orang asli.
- RM 100 juta untuk Unit transformasi India Malaysia / MITRA.
- RM 1.3 bilion untuk Menegakkan Syiar Islam.
- Bantuan khas one off RM 500 untuk setiap Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir.
- 1.6 bilion untuk bina hospital baru & naik taraf hospital sedia ada.
- RM 59 Juta untuk menambah bilangan ambulans NGO.
- RM 31 juta untuk sistem rekod perubatan secara elektronik.
- RM5 juta untuk klinik bergerak di kawasan luar bandar.
- Perluasan mySalam dan Peka B40.
- Mulai 1 Januari mySalam dipangjangkan kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada dan layak untuk individu berumur sehingga 65 tahun.
- Individu berpendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu akan menerima pembayaran sebanyak RM4000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari maksimum 14 hari.
- Peka B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas.
- Insentif Kesuburan sehingga RM10 ribu setiap individu.
- RM 6,000 pelepasan cukai pendapatan keatas perbelanjaan rawatan perubatan.
- RM 85 juta untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor.
- 50 kaunter tambahan akan dibukauntuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan PLUS juga ditambah baik.
- Cadangan: Diskaun 18% di semua lebuhraya milik PLUS.
- Cadangan: Pengambilalihan lebuhraya KESAS LDP SPRINT SMART.
- Cadangan: penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak, waktu puncak diskaun 30%.
- Subsidi petrol: RM30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motorsikal. Tertakluk kepada syarat.
- Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur.
- 100 liter subsidi RON95 untuk pemegang kad petrol.
- Kad 95 untuk diskaun minyak bagi golongan bukan penerima BSH.
- Pemandu di Sabah dan Sarawak menikmati harga petrol RM2.08 dan diesel RM2.18
- Skim Rent To Own: Jaminan 30% / 3 Bilion untuk pembelian rumah pertama yang bernilai kurang RM500,000.
- Skim Perumahan Belia sebanyak RM 200 sebulan untuk 2 tahun pertama
- RM10 juta untuk membaikpulih PPR.
- RM 299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan.
- RM179 juta untuk Sukan Olimpik 2020, Sukan Sea 2021.
- RM 45 Juta untuk pembangunan Bola Sepak Negara.
- RM 10 juta pembangunan atlet wanita.
- RM 30 juta untuk jabatan alam sekitar dan jabatan kimia.
- Bantuan Bencana RM 100 juta.
- RM 48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti. RM 10 juta untuk matching grant sektor swasta.
- RM 15.6 bilion untuk kementerian pertahanan.
- Malaysia hanya mencatatkan kutipan cukai yang rendah sebanyak 13.1% berbanding KDNK
- Nombor Pengenalan Cukai diperkenalkan mulai Januari 2021.
- RM 235 Juta untuk Kastam bagi membeli 20 pengimbas kargo berteknologi tinggi.
- Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.
- Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.
Semoga Intipati Bajet 2020 yang akan dibentangkan kali ini mampu mengembirakan semua warga Malaysia.
EmoticonEmoticon