Pernyataan Sikap Membantah PSS (Pas Sementara Sabah)
1. Barisan pemuda adat Pasukan Merah adalah pembela masyarakat adat Orang Asal yang punyai wilayah adat masing masing seluruh Pulau Dayak.
Seperti wilayah Dusun sekitar gunung suci Kinabalu, seperti Murut di wilayah adat pedalaman dan bukit, seperti Rungus di pantai utara, Tangara Lotud & Tatana di wilayah pantai, Sama di Kota Belud, Tombonua & Bagahak di sungai - yang mana adalah pemilik asal negeri Sabah, juga sebagai Dayak itu pemilik pulau Borneo mengikut wilayah adat masing-masing. (PETA)
2. Membantah PSS kerana ianya langsung tidak menghormati wilayah adat serta adat dan sistem religi masyarakat orang asal.
PSS langsung tidak membawa apa-apa faedah kepada orang asal, malahan pulau Borneo kerana pendatang tanpa izin tidak menghormati kedaulatan undang-undang adat kami.
PTI yang akan diberi PSS tidak menghormati perlembagaan negara dan undang2 imigresen dan juga undang2 keselamatan.
Sedangkan orang asal yang ingin ke Sarawak harus siapkan passport untuk keizinan masuk, juga menggunakan MyKad sah untuk mengunjungi Semenanjung Malaya dan untuk mengunjungi saudara Dayak di Kalimantan iuga menggunakan passport untuk keizinan masuk.
Pendatang tanpa izin pula, dengan sewenang-wenangnya diberi PSS tanpa perlu dokumen2 perjalanan yang sah.
PTI perlu dihantar pulang ke negara masing2 untuk negara mereka menguruskan dokumen sah.
Maka itu, masyarakat adat membantah sekerasnya sikap pemerintah.
3. Jika pemerintah tidak hormat kepada Orang Asal bererti kerajaan tidak menghormati perlembagaan Sabah, perlembagaan Malaysia - dan ini adalah sikap yang paling derhaka kepada pemilik asal negeri Sabah, pemilik asal pulau Borneo.
4. Kita mendesak supaya PSS ini dihapuskan dengan serta merta. Rancangan PSS ini dibatalkan segera. Kalau dibuat juga, tanpa persetujuan orang asal - bererti PSS ini ingin menghapuskan orang asal.
Oleh itu, kerajaan pusat dan kerajaan negeri mesti hapuskan PSS dan menghantar pulang PTI ke negara asal mereka.
5. Jangan mencabar maruah dan kedaulatan orang asal dan wilayah adat kami.
Segera hapuskan PSS.
Admin
EmoticonEmoticon